Betul la kata perempuan jomblo, susah kita nak gembira kalau kita gemuk... Susah nak jadi orang gemuk yang gembira...
Aku cari2 info pasal kurus, terjumpa satu blog ni... Katanya, kalau kita nak kurus, kalori yg kita amik perlu kurang dr kadar metabolisma badan kita... Nak tau apa dia metabolisma tuh? Jom bacer...
Apa itu metabolisma... Macam so saintifik aje bunyinya. Apa kena mengena metabolisma dengan diet. Macam mana metabolisma membantu mengurangkan berat badan?
Metabolisma ialah segala aktiviti fizikal dan kimia yang berlaku dalam tubuh badan kita untuk kelansungan hidup. Proses metabolisma berfungsi untuk memecahkan segala nutrisi yang kita makan kepada tenaga dan membentuk molekul baru (seperti protein). Pada kadar yang efisen ia mampu membakar tenaga dengan efektif. Kadar metabolisma kita amat bergantung kepada:
1. Umur - kadar metabolisma akan menurun apabila umur mula melebihi 30 tahun.
2. Jantina - kadar metabolisma lelaki adalah lebih tinggi dari wanita.
3. Otot - peratus otot yang tinggi memberi kadar metabolisma yang tinggi juga.
4. Aktiviti - mereka yang aktif bersenam mempunyai kadar metabolisma yang tinggi.
Metabolisma ini ibarat enjin kepada tubuh badan kita. Ia adalah mekanisma yang membakar kalori dalam usaha memberi tenaga kepada kita. Jika kita mengamalkan makan secara seimbang, diet rendah lemak dan melakukan senaman nescaya kadar metabolisma kita akan berfungsi dengan efisen.
Jadi, kunci utama dalam matlamat untuk mengurangkan berat badan ialah memastikan kadar metabolisma anda membakar lebih kalori dari kadar pengambilan kalori harian anda. Jika anda makan lebih kalori dari apa yang tubuh badan anda perlukan, lebihannya akan disimpan sebagai LEMAK.
Secara mudahnya, pastikan pengambilan kalori harian anda rendah dari kadar metabolisma anda dan lakukan senaman secara kerap untuk meningkatkan kadar metabolisma.
No comments:
Post a Comment