Total Pageviews

Wednesday, May 1, 2013

Aktiviti Pagi Sabtu

Dah lama x cerita something kat blog nih...
Taktau nak cerita apa...
Tulah... Org lain nak berblog aku pon nak jugak kan? Hehe...
Org lain sehari 1 entry aku nak ada 1 entry sebulan pon susah...

Takperlah...
Sabtu lepas, lepas ayah diorg nih gerak balik, aku konon nak tarik perhatian diorgla xnak diorg cari ayahnya... Jadi aku bukak kan kolam plastik bebudak nih kat laman rumah...
Seronokla diorg berendam kat dalam kolam tuh...
Memang sepatah pon xtanya pasal ayah nya.. Hehehe... Menjadi x plan tuh?

K lah... Jomlah tgk rupa anak dara kecik nih main air...



Kakak jerlah yg berani 'berenang' kononnya...



Adik berdiri tercegat jerk... :p

Lepas main air mesti lapar kan?
Jom tolong mama buat homemade donut...

Nak kongsi resepi donut yg aku amik dr blog Azie Kitchen...

Bahan-bahan
500g tepung berprotein tinggi/tepung gandum
1 peket yis segera-11gram
50g marjerin/mentega
1 sudu besar (penuh) shortening
2 sudu besar (penuh) gula pasir
2 sudu besar susu pekat/2 sudu besar susu tepung
1 biji Telur
1/2 sudu kecil garam
Gula Halus atau topping kegemaran anda
190ml-200ml air suam suam kuku (bergantung pd kualiti tepung- saya guna 200ml)

Cara-cara
Di dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula pasir, susu,marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.

Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dipukul sedikit dan juga garam.

Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu (bila dah sebati tu dikacau satu arah je menggunakan sudu).

Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.- tak perlu habiskan tepung tu kalau adunan sudah boleh diuli.

Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan (sisa sisa tepung kat dlm bekas tu semua bersih).



Doh tidak perlu direhatkan, (kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min) boleh terus sahaja dicanai setebal setengah inci (agak2 je). Boleh tambah sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini.



Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda. Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan dengan api perlahan.



Tgk la si gadis nih sibuk jer nak tolong mama...
Opppsss sila abaikan kekecahan yg menjadik latar belakang gmbr... Hehehe...



Cuba teka tgn saper yg dok kacau donut mama?
Betul! Tgn kak cha! :)

Gunakan minyak yang banyak untuk menggoreng. Setelah minyak agak panas (jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus) perlahankan sedikit api, masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng (sbb adunan mengandungi telur)



Goreng sehingga kekuningan dan toskan di atas tisu dapur. Sedia untuk dihidangkan bersama gula kaster atau topping kegemaran anda.

Kali nih kita mandikan jer donut tuh dalam kolam coklat...
Tgk gmbr nih...





Dah sedia untuk di'ngap'...




Ha... Sedap x donut mama aisyah? Sedappppp! Hihi :)

Ok, tuh sajer untuk kali nih... Mcm biasa, tuan punya blog xnak inter frame... Makcik malu... :)
Sekian...

3 comments:

  1. Omai ai.. Meriahnya anak2 main air kt rumah..

    ReplyDelete
  2. Haah.. Tgk jerlah bil air sampai nnt...meriah jugak angkanya... Huhu...

    ReplyDelete